|
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh
didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis
Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
berharga RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos
hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4,
beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat turun
dari laman web www.mpkj.gov.my.
Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan
dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil
Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran
pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding )
dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen.
Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri
atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP
DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang
adalah untuk satu jawatan sahaja.
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia)
Maklumat Lanjut Layari
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
|