|
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat
dengan menggunakan Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) yang boleh
diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Kerian dengan bayaran
sebanyak RM 2.00 untuk satu borang. Bagi permohonan secara
pos, sampul surat beralamat sendiri (saiz A4) dan bersetem
RM 0.50 perlu dikemukakan bersama bayaran RM 2.00 (Wang Pos)
(Atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Kerian).
Sekiranya borang ini dipindah turun dari laman web, bayaran
perkhidmatan sebanyak RM2.00 hendaklah disertakan dalam
bentuk Wang Pos diatas nama Yang Dipertua Majlis Daerah
Kerian bagi setiap satu borang yang dikemukakan (kiriman
wang tunai tidak dibenarkan)
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan
Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan
dan gambar berukuran pasport serta dikemukakan kepada:
YANG
DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KERIAN
NO 1 WISMA MDK
JALAN PADANG
34200 PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZUAN
Maklumat Lanjut Layari
MAJLIS DAERAH KERIAN
|